WELCOME TO OUR BLOG

WELCOME TO OUR BLOG HOT DPLI PJK (^,^)

Friday, 5 October 2012

PENDIDIKAN ABAD KE-21



• menguasai subjek (kandungan kurikulum)
• mahir dan bertrampilan dalam pedagogi (pengajaran & pembelajaran)
• memahami perkembangan murid-murid dan menyayangi mereka
• memahami psikologi pembelajaran (cognitive psychology)
• memiliki kemahiran kaunseling
• menggunakan teknologi terkini

PENDIDIKAN ABAD KE-21



• Kreativiti dan Inovasi (Creativity and Innovation)
• Pemikiran kritis dan Penyelesaian Masalah (Critical Thinking and Problem Solving)
• Komunikasi dan Kolaborasi (Communication and Collaboration)
• Literasi Maklumat (Information Literacy)
• Literasi Media (Media Literacy)
• Literasi Teknologi, Maklumat dan Komunikasi (TMK) (ICT (Information, Communications and Technology) Literacy)
• Fleksibiliti dan mempunyai keupayaan menyesuaikan diri (Flexibility and Adaptability)
• Berinisiatif dan Mempunyai Haluan Diri (Initiative and Self-Direction)
• Kemahiran Sosial dan Antara-Budaya (Social and Cross-Cultural Skills)
• Produktiviti dan Akauntabiliti (Productivity and Accountability)
• Kepimpinan dan Tanggungjawab (Leadership and Responsibility)

PENDIDIKAN ABAD KE 21


PENDIDIKAN ABAD KE-21 : . Pendahuluan: Apa Abad Ke-21? Abad ke-21
ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan abad pertama bermula dengan tahun 1. Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari 2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000, ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini telahpun diselesaikan dengan penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21. Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi.

(Sumber : Wikipedia bebas dalam VersiBahasa Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010)

 Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan  jangka pendek kepada perancangan jangka panjang 

(Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).

Friday, 28 September 2012

Definisi Teknologi Pendidikan

Apa yang anda faham mengenai teknologi pendidikan?...Apa yang terlintas dalam minda  anda apabila perkataan "teknologi pendidikan" disebut?...Post kami yang pertama ini, kami ingin memberi beberapa definisi teknologi pendidikan. 

Merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi membawa maksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat secara elektronik. Manakala pendidikan pula membawa maksud pengetahuan dalam mendidik. Oleh itu, teknologi pendidikan dapat didefinisikan sebagai proses pengajaran dan pembelajaran dikendalikan dengan cara pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat (pengetahuan) secara elektronik. 

Teknologi Pendidikan juga ialah -Aplikasi media, sistem, pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berkesan. (BTP, 1991)

Mengikut Pengurusan Sumber Pendidikan, Teknologi Pendidikan bermaksud satu bidang yang berkaitan dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan proses P&P di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti yang berikut:
  • Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
  • Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
  • Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru, guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan keberkesanan P&P.