PENDIDIKAN ABAD KE-21 : .
Pendahuluan: Apa Abad Ke-21? Abad ke-21
ialah abad kini dalam kalendar-kalendar yang berdasarkan
Kalendar Gregory, Tempohnya adalah dari 2001 hingga 2100 dan tempoh
milenium ketiga adalah dari 2001 sehingga 3000. Ini disebabkan pengiraan
abad pertama bermula dengan tahun 1.
Biasanya, penggunaan umum mengganggap bahawa abad ke-21 berlangsung dari
2000 hingga 2099 dan milenium ketiga dari 2000 sehingga 2999. Pada 2000,
ISO menyokong kegunaan umum dengan mentakrifkan kalendar yang
memulakan perhitungannya dari tahun sifar. Dari segi amalan, masalah ini
telahpun diselesaikan dengan
penggunaan 1 Januari, 2000 yang meluas untuk menandakan permulaan abad ke-21.
Dekad-dekad sering dianggap sebagai bermula dengan tahun sifar dan diberikan nama
yang sewajar, umpamanya "2010-an" dan sebagainya. Serupa dengan
tempatnya abad ke-20 dalam penamaan "20th century Fox", abad
ke-21 telah dipergunakan dalam nama pelbagai syarikat dan organisasi.
(Sumber : Wikipedia bebas dalam VersiBahasa
Melayu; Tarikh akses : 24 September 2010)
Abad ke-21 membawa masyarakat dunia ke satu lagi fasa
penganjakan paradigma kehidupan. Ini meliputi penganjakan daripada
masyarakat perindustrian kepada masyarakat berinformasi; penggunaan
teknologi manusia kepada penciptaan teknologi tinggi; pemusatan kuasa
kepada pengagihan kuasa; konsep hierarki kepada konsep jaringan; ekonomi
tempatan kepada ekonomi antarabangsa; dan perancangan jangka pendek
kepada perancangan jangka panjang
(Mumtaz Begam dan rakan-rakan, 2002).
No comments:
Post a Comment