Apa
yang anda faham mengenai teknologi pendidikan?...Apa yang terlintas
dalam minda anda apabila perkataan "teknologi pendidikan"
disebut?...Post kami yang pertama ini, kami ingin memberi beberapa
definisi teknologi pendidikan.
Merujuk
kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, teknologi
membawa maksud kaedah atau proses menangani sesuatu masalah teknikal
dengan pemerolehan, penyimpanan, pemprosesan, dan penyebaran maklumat
secara
elektronik. Manakala pendidikan pula membawa maksud pengetahuan dalam
mendidik.
Oleh itu, teknologi pendidikan dapat didefinisikan sebagai proses
pengajaran
dan pembelajaran dikendalikan dengan cara pemerolehan, penyimpanan,
pemprosesan, dan penyebaran maklumat (pengetahuan) secara elektronik.
Teknologi Pendidikan juga ialah -Aplikasi media, sistem,
pendekatan dan teknik-teknik ke arah pencapaian pengajaran dan pembelajaran
(P&P) yang berkesan. (BTP, 1991)
Mengikut Pengurusan Sumber Pendidikan, Teknologi Pendidikan bermaksud satu bidang yang berkaitan
dengan usaha memudahkan pembelajaran dan menarik minat murid dalam pelaksanaan
proses P&P di sekolah. Bidang ini meliputi aktiviti yang berikut:
- Mengenalpasti semua bahan sumber pendidikan dan sumber manusia untuk P&P
- Membangun, menghasil, mengelola dan menggunakan bahan sumber P&P
- Mengurus proses mengenalpasti, membangun, mengelola dan mengguna bahan sumber P&P
Penggunaan teknologi pendidikan secara terancang dan
teratur akan menjadikan proses P&P lebih bermakna dan berkesan. Justeru,
guru perlu mempunyai pengetahuan dan kemahiran teknologi pendidikan supaya
dapat memilih, mengurus, mengguna dan menilai bahan untuk meningkatkan
keberkesanan P&P.